Sunday, October 19, 2014

KEUNIKAN.

Keunikan Pulau Sipadan

• Destinasi kelima selam skuba terbaik dunia.
• Pulau kecil hanya lima kilometer panjang dan dua kilometer lebar ini dihuni lebih 3,000 spesies ikan dan 100 terumbu karang.
• Pulau Sipadan adalah satu-satunya pulau lautan dalam yang terletak di atas pelantar terumbu karang berteras pasir memuncak di atas cerun dasar lautan dengan kedalaman sehingga 600 meter.
• Kepelbagaian hidupan marin yang memang luar biasa dalam kualiti dan kuantitinya tidak jauh berubah sejak ia pertama kali ditemui pada akhir 1980-an.

• Lazimnya pelancong yang mahu menjalankan aktiviti selam skuba akan menetap di pusat peranginan di pulau sekitar seperti Pulau Mabul, Pulau Kapalai dan Pulau Makating sebelum ke Sipadan.
 • Bagi memastikan warisan alam itu terus dijaga dan tidak terjejas oleh kerakusan manusia, dalam sehari hanya 120 penyelam skuba saja dibenarkan meneroka keindahan pulau yang diuruskan Sabah Park.
• Pulau Sipadan juga menjadi tempat persinggahan penyu sisik dan belimbing untuk bertelur.
• Pulau ini juga diisytihar sebagai santuari burung pada 1933, selepas menjadi tempat persinggahan burung yang berhijrah dari negara lain.





No comments:

Post a Comment