Keajaiban berterusan Pulau Sipadan
-Sebut sahaja Pulau Sipadan di Sabah, bukan hanya rakyat Malaysia mengenalinya namun, pulau yang terletak di pantai timur Sabah itu memang terkenal di seluruh dunia.
-Pulau Sipadan pernah menggemparkan negara ekoran kejadian penculikan 21 orang yang terdiri daripada pelancong dan juga pekerja resort oleh puak pemisah Abu Sayyaf pada 23 April 2000. Namun kejadian itu tidak pernah melengangkan pulau yang menjurus naik dengan kedalaman kira-kira 600 meter dari dasar laut.
-Menariknya, pulau itu terus menjadi tumpuan oleh penyelam skuba dari seluruh dunia sehinggakan ada yang terpaksa menempuh perjalanan selama 21 jam hanya untuk menyelam di situ.
-Memang tepat ungkapan legenda selam skuba dunia berbangsa Perancis, Jacques Yves Cousteau ketika berada di pulau berkenaan sekitar tahun 1980-an yang mengatakan: "Saya pernah menyaksikan tempat lain sama seperti Sipadan, tapi itu 45 tahun lalu.
FLORA dan fauna marin yang ada di Pulau Sipadan berjaya menarik penyelam skuba dari seluruh dunia.
-Antara spesies berkenaan ialah ratusan alu-alu (Sphyraena barracuda) yang sering berlegar-legar dalam kumpulan di lokasi Barracuda Point sementera bayan gergasi (Bolbometopon muricatum) dan cupak (Caranx sexfasciatus) terus berada di South Point.
-Selain semua spesies tadi, pelbagai jenis ikan yu dan juga penyu turut setia menyerikan Pulau Sipadan selain keadaan terumbu karang keras dan lembut masih utuh walaupun terjadi insiden tongkang melanggar batu karang di Barracuda Point pada tahun 2006 sehingga merosakkan kawasan seluas 372 meter persegi.
-Sementara di atas pulau itu pula, TTS sudah membina kawasan rehat setempat untuk pengunjung selain membersihkan saki baki runtuhan peninggalan resort lama yang dilihat berjaya mengindahkan pulau itu.
-Malah, pembinaan tandas moden yang memusatkan sistem kumbahan dilihat mampu mengurangkan impak alam sekitar di pulau yang turut menjadi santuari serta persinggahan burung migrasi.
No comments:
Post a Comment