Sunday, October 19, 2014

SIPADAN TOUR 01

TRIUMPH TRAVEL n TOUR AGENCY.





NAMA SYARIKAT: Triumph Travel n Tour Agency.

ALAMAT SYARIKAT: Pulau Sipadan triumph travel n tour agency.
Shop 1, ground floor, 63 Gaya Street, 88000 Kota Kinabalu, Sabah Malaysia.

NO TELEFON: 03-7212360

EMAIL: sipadantour01@gmail.com

SEJARAH PULAU SIPADAN

SEJARAH PULAU SIPADAN





Latar Belakang dan Sejarah Pulau Sipadan terletak lebih kurang 35 kilometer di selatan Semporna, iaitu bahagian tengara negeri Sabah.  Pulau ini telah diwartakan sebagai tempat perlindungan kehidupan liar pada tahun 1933. Sejak penghujung 1970-an, pulau ini menarik perhatian penyelam-penyelam rekreasi dari seluruh dunia. Kedudukan geografinya yang terletak dalam kawasan biodiversiti marin yang paling kaya di dunia menjadikan pulau ini popular dengan keunikan dan keindahannya. Tiada tempat lain di dunia yang menawarkan diversiti seperti ini, dan para penyelidiik dari seluruh dunia kerap menemukan spesies-spesies baru apabila menjelajah kawasan baru di pulau ini.Pulau Sipadan pernah dituntut oleh dua negara ASEAN, iaitu Malaysia dan Indonesia. Isu tuntutan ini telah dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa, yang telah menyerahkan pulau Sipadan bersama pulau Ligitan kepada Malaysia pada akhir tahun 2002, berdasarkan "Penguasaan Berkesan" (effective occupation), yang ditunjukkan oleh Britain, iaitu bekas penjajah Malaysia sebelum ini.


Biasa dijumpai di perairan sekitar Sipadan: penyu hijau dan penyu sisik (yang mate dan bersarang di sana), sekolah besar barakuda dalam pembentukan puting beliung seperti juga sekolah besar selar besar-mata, dan Bumphead kakatua. Spesies pelagik seperti ikan pari, pari helang, jerung hammerhead bergigi dan jerung paus juga melawat Sipadan. 
Sebuah makam penyu terletak di bawah ruangan pulau, dibentuk oleh gua batu kapur air dengan labirin terowong dan dewan yang mengandungi banyak tinggalan rangka penyu yang menjadi hilang dan tenggelam sebelum mencari permukaan

Pulau ini telah diisytiharkan sebagai kawasan perlindungan burung pada tahun 1933 oleh Kerajaan kolonial Borneo Utara dan diwartakan semula pada tahun 1963 oleh Kerajaan Malaysia. 

Dalam filem Borneo beliau: Roh dari Penyu Laut (1989) Jacques Cousteau berkata, "Saya telah melihat tempat-tempat lain seperti Sipadan, 45 tahun yang lalu, tetapi sekarang tidak ada lagi Sekarang kita telah menemukan sepotong tersentuh seni.."




KEUNIKAN.

Keunikan Pulau Sipadan

• Destinasi kelima selam skuba terbaik dunia.
• Pulau kecil hanya lima kilometer panjang dan dua kilometer lebar ini dihuni lebih 3,000 spesies ikan dan 100 terumbu karang.
• Pulau Sipadan adalah satu-satunya pulau lautan dalam yang terletak di atas pelantar terumbu karang berteras pasir memuncak di atas cerun dasar lautan dengan kedalaman sehingga 600 meter.
• Kepelbagaian hidupan marin yang memang luar biasa dalam kualiti dan kuantitinya tidak jauh berubah sejak ia pertama kali ditemui pada akhir 1980-an.

• Lazimnya pelancong yang mahu menjalankan aktiviti selam skuba akan menetap di pusat peranginan di pulau sekitar seperti Pulau Mabul, Pulau Kapalai dan Pulau Makating sebelum ke Sipadan.
 • Bagi memastikan warisan alam itu terus dijaga dan tidak terjejas oleh kerakusan manusia, dalam sehari hanya 120 penyelam skuba saja dibenarkan meneroka keindahan pulau yang diuruskan Sabah Park.
• Pulau Sipadan juga menjadi tempat persinggahan penyu sisik dan belimbing untuk bertelur.
• Pulau ini juga diisytihar sebagai santuari burung pada 1933, selepas menjadi tempat persinggahan burung yang berhijrah dari negara lain.





KEAJAIBAN.

Keajaiban berterusan Pulau Sipadan

-Sebut sahaja Pulau Sipadan di Sabah, bukan hanya rakyat Malaysia mengenalinya namun, pulau yang terletak di pantai timur Sabah itu memang terkenal di seluruh dunia.
-Pulau Sipadan pernah menggemparkan negara ekoran kejadian penculikan 21 orang yang terdiri daripada pelancong dan juga pekerja resort oleh puak pemisah Abu Sayyaf pada 23 April 2000. Namun kejadian itu tidak pernah melengangkan pulau yang menjurus naik dengan kedalaman kira-kira 600 meter dari dasar laut.
-Menariknya, pulau itu terus menjadi tumpuan oleh penyelam skuba dari seluruh dunia sehinggakan ada yang terpaksa menempuh perjalanan selama 21 jam hanya untuk menyelam di situ.
-Memang tepat ungkapan legenda selam skuba dunia berbangsa Perancis, Jacques Yves Cousteau ketika berada di pulau berkenaan sekitar tahun 1980-an yang mengatakan: "Saya pernah menyaksikan tempat lain sama seperti Sipadan, tapi itu 45 tahun lalu.

FLORA dan fauna marin yang ada di Pulau Sipadan berjaya menarik penyelam skuba dari seluruh dunia.

-Antara spesies berkenaan ialah ratusan alu-alu (Sphyraena barracuda) yang sering berlegar-legar dalam kumpulan di lokasi Barracuda Point sementera bayan gergasi (Bolbometopon muricatum) dan cupak (Caranx sexfasciatus) terus berada di South Point.
-Selain semua spesies tadi, pelbagai jenis ikan yu dan juga penyu turut setia menyerikan Pulau Sipadan selain keadaan terumbu karang keras dan lembut masih utuh walaupun terjadi insiden tongkang melanggar batu karang di Barracuda Point pada tahun 2006 sehingga merosakkan kawasan seluas 372 meter persegi.
-Sementara di atas pulau itu pula, TTS sudah membina kawasan rehat setempat untuk pengunjung selain membersihkan saki baki runtuhan peninggalan resort lama yang dilihat berjaya mengindahkan pulau itu.
-Malah, pembinaan tandas moden yang memusatkan sistem kumbahan dilihat mampu mengurangkan impak alam sekitar di pulau yang turut menjadi santuari serta persinggahan burung migrasi.







AKTIVITI YANG BOLEH DILAKUKAN.

Aktiviti yang menarik boleh dilakukan di pulau tersebut antaranya adalah seperti berikut: 

a) Menyelam 
b) Snorkeling. 
c) Skuba. 

Keindahan alam bawah laut Sipadan yang penuh dengan kehidupan marin seperti barakuda, penyu, ikan, kumpulan ikan aji-aji, 'bumphead parrotfish' , ikan alu-alu dan sebagainya.




sebarang pertanyaan sila hubungi kami di 03-7212360 @ email kami sipadantour01@gmail.com.